Menempuhi Alam Dewasa Yang Serabai - Budak Buzy

Latest

Blog Tanpa Politik

Khamis, 22 April 2021

Menempuhi Alam Dewasa Yang Serabai

 


Hi..assalamualaikum...

Saya owner kepada blog Budak Buzy sudah begitu lama tak sentuh langsung blog ni. Sebab terlalu sibuk dengan pekerjaan. Bangun tidur, mandi, kerja, petang baru balik. Kadang-kadang sampai ke malam. 

Itulah kehidupan yang saya yakin semua orang yang berusia dewasa alami. Pejam celik kita sudah masuk ke bulan ramadan 2021. Pada waktu ini, seluruh dunia sedang berhadapan dengan situasi yang sukar dimana wabak Covid-19 masih belum berpenhujung. Sekaligus ada yang terjejas pendapatan hari akibat aktiviti ekonomi terpaksa ditutup akibat wabak tersebut.

Berbalik kepada tajuk, saya ketika ini masih serabai otak memikirkan masa depan saya. Dihimpit pula dengan ptptn dan suasana tempat kerja yang tidak 'mesra'. Asyik travel saja walaupun kes Covid masih meningkat. Ketika entri ini ditulis saya tidak berada dirumah. Saya beratus kilometer jauh di tempat orang. Terlalu sibuk. Terfikir juga nak tukar kerja. Tapi fikir balik, Sampai bila? Takkan sampai tua.

Agaknya bilalah saya akan ada masa untuk memiliki rumah dan kereta sendiri. Bebas hutang. Kemudian berkahwin dengan wanita pilihan. Bagaimana agaknya jikalau ibubapa saya tiada lagi bersama saya. Sempatkah untuk saya gembirakan mereka? Semuanya saya simpan sendiri dalam hati tanpa beritahu sesiapapun. Agaknya inilah alam dewasa saya atau anda semua dan saya fikir saya langsung tidak bersedia. Saya berdoa & berharap saya mampu lakukan something big sebelum usia 30 datang.

Bagaimana dengan anda?

Sekian itu sajalah sedikit luahan hati kecil saya. jangan marah jangan kecam.

1 ulasan:

  1. SAngat setuju, apabila umur sudah capai 25 banyak perkara nak kena fikir.

    Jemput baca dan komen
    https://tarotthefool.blogspot.com/2021/04/part-3-3-baboons-on-selangor-road-trip_23.html

    BalasPadam

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.