Prince Meed Jadi Tumpuan Ramai Netizen - Budak Buzy

Latest

Blog Tanpa Politik

Khamis, 31 Disember 2020

Prince Meed Jadi Tumpuan Ramai Netizen

Youtuber terkenal dengan nama Prince Meed kini menjadi perhatian internet apabila memuatnaik video yang memaparkan diri diganggu oleh mahkluk halus yang dipercayai datang dari dybbuk box yang dibelinya secara online di Ebay.

Bagi siapa yang belum mengenali Prince Meed bolehlah ke channel youtubenya. Prince Meed adalah seorang youtuber dengan konten pelik dan seram. Seorang loner yang hanya bertemankan kamera dan tidak mempunyai ramai kawan tinggal berseorangan bersama seekor kucing di rumah 3 tingkat. Meed turut memuatnaik video gangguan di rumahnya di youtube. Sila tonton video terakhir yang dimuatnaik oleh Meed. Memang dahsyat gangguan yang dialami.

Jika anda mengikuti rapat video-video Meed, Meed mula  mengalami gangguan pelik selepas membuka dybbuk box. Dyybuk box adalah sebuah kotak berhantu yang dikatakan menyimpan roh jahat kepercayaan orang yahudi. Jadi sesiapa yang membukanya akan mengalami gangguan pelik.

Balik kepada kisah Meed, susulan gangguan pelik yang dialami oleh Meed, Pusat Rawatan Al-Idrus menawarkan diri untuk membantu Meed mengatasi gangguan tersebut. Anda boleh tengok channel youtube Pusat Rawatan Al-Idrus.


Tiada ulasan:

Catat Komen

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.