Covid-19: 4 Krisis Yang Dihadapi Dunia - Budak Buzy

Latest

Blog Tanpa Politik

Isnin, 20 Julai 2020

Covid-19: 4 Krisis Yang Dihadapi Dunia



Pandemik COVID-19 tidak dinafikan lagi telahmenjejaskan kehidupan harian manusia.

Selain menyebabkan kematian dan kerugian besar kepada ekonomi, ia juga boleh menyebabkan krisis berkaitan kemanusiaan yang selama ini sudah wujud di dunia ini menjadi lebih buruk.

Berikut adalah 4 krisis yang dikhuatiri menjadi semakin sukar, susulan impak ancaman koronavirus yang dihadapi manusia di seluruh dunia sekarang ini.

Krisis kebuluran
Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO) ada memberi amaran supaya setiap negara memberi penekanan terhadap usaha memastikan rantaian bekalan makanan tidak terjejas.

Kebimbangan itu berdasarkan kepada penguncupan eknonomi dunia sebanyak 3 peratus pada tahun ini.

Laporan Global Mengenai Krisis Makanan 2020 menyatakan negara yang mempunyai masalah bekalan makanan akan berdepan dengan pilihan sukar, sama ada mahu menyelematkan nyawa rakyat daripada Covid-19 atau menyelamatkan nyawa rakyat daripada kebuluran.



Pengangguran
Dengan penguncupan ekonomi pada kadar 3 peratus, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan kadar pengangguran global boleh mencecah sehingga 10.4 peratus tahun ini, berbanding hanya 3.7 peratus tahun lalu.

Pertubuhan Buruh Dunia (ILO) memberi peringatan pekerja sektor ekonomi akan menerima akibat yang paling parah akibat krisis ini. Dianggarkan 2 billion orang bekerja dalam sektor ekonomi tidak formal di seluruh dunia.

Program vaksinasi
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada Mac lalu mengesyorkan untuk menangguhkan semua langkah vaksinasi besar-besaran. London School of Hygiene and Tropical Medicine melaporkan beberapa negara Afrika sudahpun melaporkan peningkatan dalam kes denggi, campak dan malaria kerana program vaksinasi bagi melawan penyakit berkenaan digantikan dengan usaha menentang Covid-19.

Kelahiran tidak dirancang
47 juta wanita di seluruh dunia mungkin akan hilang akses kepada alat pencegahan kehamilan jika lockdown diteruskan di seluruh dunia. Ini boleh menyebabkan 7 juta kehamilan tidak dirancang dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.