Jangan Ikut Ketaksuban Barat Terhadap Kebebasan - Budak Buzy

Latest

Blog Tanpa Politik

Sabtu, 2 Mei 2020

Jangan Ikut Ketaksuban Barat Terhadap Kebebasan

Do not follow the west



Bagi penyokong hak asasi manusia, pasti sudah biasa dengan kelantangan negara barat memperjuangkan hak asasi sehingga ada yang berani masuk campur urusan dan undang-undang negara lain. Sikap yang mengagungkan barat sebagai satu contoh atau ilham mengenai kebebasan menjadikan ada yang lupa untuk melihat dan memahami nilai budaya ketimuran. Mereka beranggapan nilai ketimuran yang mengutamakan ajaran agama  dan nilai moral budaya setempat atau tak ikut cara barat adalah 'backward minded' kerana menyekat kebebasan tanpa batas yang diimpikan.

Dari segi sejarah, isu hak asasi manusia sudah muncul sejak tamadun Yunani. Tokoh falsafah seperti Aristotle dan Plato antara individu yang mencetuskan idea soal kebebasan, kesamarataan dan keadilan.

Sekitar 1650-1800, muncul satu gerakan yang disebut revolusi intelektual yang membahaskan konsep Tuhan, alam, manusia hanya dengan penggunaan akal semata-mata tanpa sebarang rujukan. Idea ini berkembang dengan pesat di Eropah ketika itu. Di mana, untuk mengecapi kehidupan yang lebih baik dan maju, nilai agama perlu diketepikan kerana menjadi penghalang kepada kebebasan yang diperjuangkan.

Pada hari ini, Amerika Syarikat dianggap sebagai 'abang besar' kepada kebebasan dan hak asasi manusia. Deklarasi kemerdekaan Amerika 1776 yang dirangka oleh Thomas Jefferson dianggap sebagai satu dokumen penting yang mengaitkan AS sebagai pelopor hak asasi manusia. Deklarasi itu yang menekan 3 aspek iaitu Life, Liberty, the Persuit of the Happiness kini menjadi landasan rakyat AS memperjuangkan demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia.

Demonstrators gather to protest against the state's extended stay-at-home order to help slow the spread of the coronavirus disease in Harrisburg, Pennsylvania April 20, 2020. — Reuters pic

Perjuangan hak asasi manusia di AS semakin agresif apabila muncul beberapa falsafah baharu seperti pragmatisme pada akhir abad ke-19. Pragmatisme adalah satu fahaman yang berpegang  kepada logik akal semata-mata. Ia mengajar sesuatu nilai itu sentiasa berubah dan tiada nilai yang tetap seperti ajaran agama. Ini bermakna, fahaman ini menolak nilai agama.
Pada pandangan mereka, nilai dan gaya kehidupan harus berubah mengikut zaman. Justeru tidak hairan mengapa budaya seperti liwat termasuk kahwin sejenis dianggap tidak salah jika dilakukan secara rela.

Lantaran agama menjadi penghalang kepada kebebasan, Islam dianggap sebagai antara musuh utama kerana mengajar nilai-nilai yang diiikat dengan hukum-hakam agama. Bagi mereka,undang-undang hanya terhad kepada apa yang ditakrifkan sebagai jenayah yang boleh mengganggu keselamatan orang lain dan negara. Ertinya hak asasi manusia barat adalah individualisme yang meletak kepentingan individu mengatasi kepentingan komuniti.

Coronavirus US: Why have there been protests against the lockdown ...

Maka dengan itu wujudlah kumpulan yang menuntut agar budaya seks bebas dan LGBT menjadi halal atau sah disisi undang-undang. Tuntutan kebebasan melampau ini sudah merebak masuk ke dalam negara kita. Malahan kumpulan ini dengan berani menganggap orang yang mengamalkan agama sebagai ketinggalan zaman, homophobic dan lain-lain hanya kerana tidak sependapat dengan mereka.

Kesimpulannya, ideologi kebebasan dan hak asasi manusia yang diperkenalkan oleh barat tidak sesuai dengan budaya negara kita yang berpaksikan ajaran Islam dan nilai ketimuran.

Pada hari ini, kebebasan yang dikecapi rakyat AS telah menyebabkan mereka gagal untuk memikirkan 'common sense'. Ketika seluruh dunia sedang panik dan berjaga-jaga dengan pandemik Covid-19, mereka sibuk melakukan protes kerana enggan patuh dengan perintah untuk duduk di rumah yang dianggap menyekat kebebasan dan melanggar hak asasi manusia. Akhirnya, negara mereka gundah-gulana takkala kes jangkitan melepasi 1 juta pesakit.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.