Ms. Marvel Superhero Wanita Muslim Akan Ditayangkan - Budak Buzy

Latest

Blog Tanpa Politik

Ahad, 25 Ogos 2019

Ms. Marvel Superhero Wanita Muslim Akan Ditayangkan

Image result for ms marvel

Di komik Marvel sebenarnya masih banyak superhero yang tidak dijadikan sebagai live-action atau dibawa masuk sebagai Avengers. Marvel Cinematic Universe sentiasa merancang untuk memaparkan banyak cerita tentang superhero sama ada melalui siri TV atau filem.

Menurut The Hollywood Reporter, Marvel Studio pada masa ini sedang dalam proses untuk memperkenalkan satu lain superhero wanita, Ms. Marvel.

Namun, Marvel dilaporkan akan menayangkan superhero ini  menerusi saluran Disney Plus sebagai siri TV live action, bukannya filem.

Siapa Ms. Marvel?

Ms. Marvel dan Captain Marvel adalah dua individu berbeza.  Watak Ms. Marvel adalah seorang remaja wanita Islam bernama Kamala Khan berumur 16 tahun kacukan Amerika-Pakistan yang tinggal bersama keluarganya yang kuat agama di New Jersey. Mempunyai kuasa atau kemampuan untuk mengubah bentuk badannya.

Ms Marvel mempunyai kuasa polymorphous, iaitu Kamala atau Ms. Marvel boleh meregangkan dan mengubah bentuk badannya. Bilakah Ms Marvel akan ditayangkan masih belum didedahkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.