Kunci Kehebatan Brazil Dalam Bola Sepak - Budak Buzy

Latest

Blog Tanpa Politik

Khamis, 11 Julai 2019

Kunci Kehebatan Brazil Dalam Bola Sepak

kunci kehebatan brazil dalam bola sepak

Apabila kita dengar saja nama Brazil, kita akan tahu inilah negara yang sangat hebat dalam sukan bola sepak. 
Namun, pernahkah anda terfikir mengapa Brazil sangat hebat dalam bola sepak sehingga bergelar juara dunia 5 kali.

1. Bermain sejak zaman kanak-kanak


Pendedahan awal terhadap bolasepak kepada kanak-kanak sangat meluas di Brazil. Kebanyakan pemain bola sepak terkenal dari Brazil bermula sejak zaman kecil lagi seperti Ronaldhino, Ronaldo, Roberto Carlos dan ramai lagi.

2. Populasi yang besar
Jumlah populasi warga Brazil yang besar juga menjadi penyumbang kepada kehebatan mereka. Maksudnya, lebih ramai pemain handalan yang mereka boleh lahirkan.

3. Sokongan padu dari Ibubapa
Tidak dinafikan semangat cinta akan bola sepak yang menebal di dalam jiwa rakyat Brazil. Bagi mereka, bola sepak adalah satu lambang partriotik. Jadi, ibubapa tidak melarang anak-anaknya untuk memilih kerjaya sebagai pemain bola sepak walaupun tidak berpendidikan tinggi. Berbeza dengan ibubapa di negara kita yang lebih mementing pencapaian akademik.

4. Bermain dengan bola kecil
Tahukah anda salah satu teknik untuk meningkatkan mutu kawalan bola adalah berlatih dengan menggunakan bola bersaiz kecil seperti bola tenis atau bola futsal. 
Menurut satu sumber, disebabkan rakyat Brazil khususnya kanak-kanak tidak mempunyai wang untuk membeli bola, mereka ahkirnya menggunakan apa saja untuk dijadikan bola asalkan boleh ditendang seperti buah limau dan tin kosong. Lihatlah betapa lincahnya pemain Brazil atas padang.

5. Bermula dari futsal


Sepertimana poin nombor 4, bermain dan berlatih di kawasan yang kecil seperti gelanggang futsal juga boleh memberi impak kepada prestasi kawalan bola. Futsal sebenarnya lebih popular di Brazil berbanding bola padang. Ia juga lebih menjimatkan kos kerana lebih kecil. Jika anda selidik latar belakang pemain-pemain hebat bola sepak dunia seperti Ronaldhiho, Cristiano Ronaldo,Messsi,Pele, Zico dan Maradonna, mereka semua bermula dari futsal.



Sumber:


https://www.theguardian.com

https://www.washingtonpost.com

https://www.brazilcultureandtravel.com

1 ulasan:

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.