Tidak Popular Di Amerika, Blackpink Dituduh Guna Peminat Palsu - Budak Buzy

Latest

Blog Tanpa Politik

Khamis, 23 Mei 2019

Tidak Popular Di Amerika, Blackpink Dituduh Guna Peminat Palsu

Kpop

Kumpulan K-Pop wanita terkenal, Blackpink baru-baru ini selesai mengadakan konsert "In Your Area" di Amerika Syarikat. Kumpulan yang bernaung dibawah YG Entertainment itu juga tampil di beberapa program TV terkenal Amerika. Malah turut membuat penampilan di festival muzik Coachella 2019. Blackpink dianggotai oleh Lisa, Jennie, Rose dan Jisoo.

Populariti Blackpink dikatakan setanding dengan BTS (Bangtan Boys) yang sangat terkenal di Amerika. Namun sebuah laman hiburan baru-baru ini menyiarkan satu artikel bahawa populariti Blackpink boleh dinafikan. Artikel tersebut menyatakan Blackpink tidak dikenali di Amerika Syarikat.

Dalam sebuah rancangan temubual, Good Morning America tersilap menyiarkan video muzik Girls' Generation. Bertambah pelik nama BTS pula yang disebut.

Dalam rancangan itu juga, lima peminat Blackpink dipilih untuk menjawab soalan tentang idola kesayangan mereka. Seorang peminat lelaki memberi jawapan yang salah ketika diajukan soalan apakah tajuk lagu pertama Blackpink. Ketika ditanya bagaimana mengeja Ddu-du Ddu-du, peminat tersebut tidak boleh menjawab.

BLACKPINK Dituduh guna peminat palsu

Isu ini membuat netizen berspekulasi kononnya Blackpink menggunakan orang untuk menjadi peminat palsu. Netizen turut beranggapan ini adalah salah satu bentuk media play dari YG Entertainment.

Para Blink tak perlu marah dan rasa annoying. Isu ini hanya ditimbulkan oleh segelintir netizen sahaja. Mereka ini mungkin adalah hater. Tidak perlu diperbesar-besarkan.


Sumber: Pann

1 ulasan:

  1. haha lawak pula bila benda nie jadi isu.. apapun nice sharing.. sy peminat YG .. hahaha

    BalasPadam

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.