Apa yang Blogger kata tentang Sibu Sarawak? - Budak Buzy

Latest

Blog Tanpa Politik

Khamis, 2 Mei 2019

Apa yang Blogger kata tentang Sibu Sarawak?


sibu

Beberapa hari kebelakangan ini, budak google tentang blog mereka yang melancong ke Sibu(bandar tempat tinggal budak) Sarawak buat kali pertama. Budak banyak kali baca apa pandangan mereka tentang Sibu. Takut terlepas sesuatu. Biar budak ulas secara umum.

Daripada apa yang budak baca, budak boleh agak yang mereka ini hanya meneroka kawasan tengah bandar Sibu sahaja seperti wisma sanyan(Bangunan tertinggi Sarawak), central market(terbesar Malaysia) dan pasar malam tetapi tidak di kawasan pinggir bandar seperti kawasan berhampiran UCTS dan pekan sungai merah. Namun, budak faham kenapa. Mungkin kerana beberapa faktor seperti faktor pengangkutan.

Budak juga perasan blogger-blogger ini menyatakan sukarnya untuk mencari makanan halal. Budak rasa macam “seriously?”. Ini yang kita panggil sebagai “Kejutan budaya”. Untuk pengetahuan anda, makanan halal di Sibu ada saja di mana-mana. Mungkin anda hanya kurang yakin untuk makan di situ kerana Sibu banyak kedai makan orang cina(bukan Islam) dan di dalamnya ada satu stall makanan tertulis “Makanan Islam”. Pada budak, makan saja di situ dan tak perlu takut. Kalau tak yakin juga, minum air tin saja cukuplah. Sibu memang begitu. Malahan satu Sarawak pun. Makanan halal & non-halal dibawah satu bumbung. Bukan satu masalah pun untuk Sarawakian. Jadi, anda kena pandai memilih & jangan terkejut.

Seterusnya, ada satu blog, dia menyatakan dia menginap di Paramount Hotel. Yang peliknya, dia menyatakan Sibu tiada lembaga tabung haji, bank islam dan bank rakyat sedangkan institusi ini ada berhampiran hotel tersebut (di seberang jalan). Budak pun rasa pelik. Dia duduk Paramount hotel yang mana sedangkan paramount hotel ini hanya ada satu. Rasa pelik kan.

Lagi, Sibu tidak ada apa-apa yang menarik. Yup, yang ini budak akuan. Sibu masih kekurangan daya tarikan untuk pelancong. Sibu hanya penuh dengan shopping mall dan kedai makan. Banyak benda boleh dikategorikan sebagai old school dan legend. Namun, itu bukan bermaksud Sibu bandar yang membosankan. Sibu tetap ada tarikan tersendiri seperti Pesta Borneo yang dianjurkan setiap tahun hanya di Sibu sekitar bulan Julai. Bagi anda yang mahukan kelainan memang sesuailah untuk Sibu menjadi destinasi pelancongan. Sibu ni ada orang kata suasananya lebih kurang macam Hong Kong sebab majoriti penduduknya adalah orang cina.

Budak tak nak letak link blog-blog tersebut di sini. Anda boleh google sendiri. 
Take note ya...Blog-blog ini sebenarnya blog pandangan mereka yang sudah ditulis beberapa tahun lepas. Jika anda kembali semula ke Sibu, mungkin anda akan melihat Sibu sudah ada sedikit perubahan. Budak berharap suatu hari nanti Sibu mempunyai daya tarikan seperti taman tema, LRT, bangunan tinggi-tinggi dan macam-macam lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.