Kenapa Benua Afrika Masih Miskin? - Budak Buzy

Latest

Blog Tanpa Politik

Jumaat, 28 Disember 2018

Kenapa Benua Afrika Masih Miskin?



Di dunia, Luxemberg, Singapura, Dubai & Jepun adalah antara negara di dunia yang kaya,maju dan berpendapatan tinggi. Negara kita Malaysia pula berada dalam kelompok negara sedang membangun. Namun, bagi negara-negara di benua Afrika, mereka masih 'struggle' untuk keluar dari status kemiskinan walaupun negara mereka sangat kaya dengan sumber alam seperti berlian, emas dan minyak.

Persoalannya mengapa hal ini berlaku di benua Afrika?

Hal ini berlaku atas beberapa sebab:

  •  Perang dan Keganasan
Konflik yang berlaku di Afrika jarang mendapat liputan media antarabangsa. Tidak seperti konflik yang berlaku di negara-negara timur tengah seperti Syria & Palestin yang sentiasa disebut-sebut media. Di Nigeria contohnya, lebih 100 ribu nyawa terkorban akibat dari aktiviti boko haram. Akibat dari keganasan ini, ekonomi negara-negara afrika jatuh dan pelaburan asing menurun dengan sangat cepat. 

  • Rasuah yang berleluasa
Jika anda fikir rasuah di Malaysia ini teruk, fikir semula, rasuah di Afrika lebih teruk. Malahan sudah menjadi satu kebiasaan. Menurut Transparency Index, kerajaan afrika tidak mampu untuk memenuhi semua permintaan rakyatnya akibat rasuah yang berleluasa.

 Africa is not poor, we are stealing its wealth
  • Kedudukan Geografi
Kedudukan geografi benua juga menyumbang kepada kemiskinan benua ini. Namun,ia dilihat mampu memberikan idea yang inovatif untuk memanfaatkan sepenuhnya kekayaan sumber yang ada.
Negara seperti Switzerland dikelilingi oleh negara yang kuat dan stabil ekonominya amat membantu kemajuan Switzerland. Uganda gagal untuk maju kerana mendapat tempias dari peperangan saudara yang berlaku di Selatan Sudan & Congo.
  • Polisi Perdagangan yang tidak adil
Perdagangan dengan Afrika mampu melonjakkan ekonomi Afrika. Namun, Perdagangan tersebut ternyata tidak adil dan lebih banyak memberi manfaat kepada negara lain. Amerika Syarikat dan EU telah mengexploitasi kekayaan sumber alam Afrika. Berbilion dolar keuntungan dijana hasil dari perdagangan bersama Afrika namun, Afrika tidak mendapat keuntungan sebanyak itu.


Sumber: https://www.theguardian.com/commentisfree/2017/jun/28/why-africa-so-poor-google
 
https://www.aljazeera.com/indepth/opinion/2017/05/africa-poor-stealing-wealth-170524063731884.html

 https://www.africanexponent.com/post/billions-lost-in-profits-by-foreign-companies-tax-evasion-1953

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.