Dapatkan Bitcoin Secara Faucet - Budak Buzy

Latest

Blog Tanpa Politik

Ahad, 14 Januari 2018

Dapatkan Bitcoin Secara Faucet

 freebitco.in

Bitcoin adalah mata wang digital yang semakin popular sekarang dan nilainya semakin meningkat sampai puluhan ribu ringgit. Rancangan temubual tempatan juga telah banyak membincangkan mengenai isu apa itu bitcoin. Ini menunjukkan bitcoin mempunyai potensi yang besar untuk menjadi mata wang dunia alaf baru. 

Jadi, ramai yang terbeliak mata dan ingin mendapatkan bitcoin dengan harapan untuk menjadi kaya-raya cepat-cepat. Bagi anda yang tahu apa itu bitcoin mungkin ada yang sudah menyimpan sedikit di dalam e-wallet. Cara biasa dan mudah untuk dapatkan bitcoin adalah dengan membelinya dan menyimpan ia di dalam e-wallet. Kemudian boleh dijual semula atau gunakan untuk membeli sesuatu secara online.

Tapi kenapa nak beli bitcoin sedangkan anda boleh dapatkannya secara percuma. Bagaimana?
Salah satu caranya ialah melalui faucet. Namun, untuk menjana bitcoin secara faucet ini anda perlu rajin dan konsisten. Kalau hangat-hangat tahi ayam baik tak payah. Budak sendiri sudah mencubanya dan sudah mengumpul bitcoin sebanyak 0.0010.Namun, untuk mengumpul sebanyak itu, anda perlu sabar dan konsisten dalam menggunakan laman web ini. Jika anda rasa tidak mampu untuk bersabar tak perlulah masuk ke sini.
Daftar saja pada freebitco.in

Menerusi laman web ini, anda akan memperoleh banyak kelebihan untuk menjana bitcoin dengan beberapa cara seperti dibawah.

1.    Gandakan bitcoin dengan Hi-Lo
Saya tidak galakkan anda bermain Hi-Lo kerana berbentuk judi dimana anda perlu pertaruhkan bitcoin anda untuk bermain. Jadi anda ada peluang untuk rugi dan untung disini.

2.    Bitcoin faucet setiap jam
Di sini adalah menu utama, anda boleh menjana bitcoin dengan nombor bertuah yang ada dipaparkan diatas butang ”Roll”. Tekan “Roll” dan dapatkan bitcoin berdasarkan nombor yang anda peroleh.

3.    Loteri percuma setiap minggu
Setiap bitcoin dari lucky number dan Hi-Lo yang anda dapat, ia juga disertakan dengan lottery ticket. Lottery ticket ini digunakan untuk anda mendapat bitcoin dari cabutan bertuah setiap minggu. Ingat, anda tidak dijamin menang lottery ini.

4.    Simpanan bitcoin dengan bonus setiap hari
Untuk mengaktifkan bonus ini, anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 3000 satoshi.

5.    50% komisen dengan menaja orang lain
Pastikan orang lain sign up menggunakan link referral anda dan anda akan mendapat bonus bitcoin jika referral anda melakukan perkara-perkara di atas.

Dengan adanya laman web ini, anda tidak perlu lagi mengeluarkan wang anda untuk membeli bitcoin. Anda serius bermain bitcoin, anda wajib serta jutaan pengguna lain yang telah menjana bitcoin dari laman web ini. Klik di sini untuk turut serta. Cara nak daftar sama macam nak sign up facebook. :) Ingat laman web ini adalah legit. Maksudnya ia betul-betul membayar dan bukan scammer.



1 ulasan:

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.