Indonesia Kumpul Bukti Kuda Kepang Miliknya - Budak Buzy

Latest

Bacalah apa yang mungkin patut

Isnin, 9 Oktober 2017

Indonesia Kumpul Bukti Kuda Kepang Miliknya



Tempoh hari kecoh di media indonesia apabila Miss Grand Malaysia, Sanjeda John mengenakan pakaian kustom yang berupa kuda kepang atau dikenali sebagai kuda lumping di Indonesia. Susulan itu, ramai pengguna media sosial Indonesia mengecam kustom tersebut dan menuduh Malaysia sekali lagi cuba mencuri budaya milik mereka.

Dalam perkembangan terbaharu, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia akan mengambil tindakan susulan perkara ini. Kementerian Indonesia akan mengumpulkan bukti-bukti untuk menunjukkan bahawa kuda kepang ini milik mereka. Selepas bukti dikumpulkan, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Muhadjir Effendy akan membawa delegasi untuk berbincang dengan pihak Malaysia.

Menurutnya, menerusi pertemuan itu juga, pihak yang mempunyai bukti yang paling kuat akan mendapat hak milik ke atas kuda kepang. Jika kedua-dua negara mempunyai bukti yang sama kukuh, maka kuda kepang akan diakui sebagai milik bersama.

The "Kuda Warisan" National Costume Inspired by the Javanese community residing in the southern state of Johor, Malaysia. In the early 20th century, the migration of Javanese community from Indonesia through the Dutch and Japanese commerce ships in search of new land brought along its culture including this unique dance performance which is performed at merry occasions. In 1971, the ministry tourism of Johor acknowledged the Kuda Kepang dance for the Javanese community residing in Johor as a symbolic sign of unity and diversity in culture for the Johor people. With a strong historical resemblance, the origin of the Javanese cultural heritage are spread across in the southern state of Johor, Perak and Selangor in Malaysia and Singapore. Designer: Hana Yaakob Photograph: Arazzs Razzswil #MissGrandMalaysia2017 #NationalCostume #MissGrandInternational2017
A post shared by MissGrandMalaysia (@missgrandmalaysia) on


sumber:cnnindonesia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.