Sindir Seolhyun Sebagai Bodoh, Pelakon Senior Mohon Maaf - Budak Buzy

Latest

Bacalah apa yang mungkin patut

Selasa, 29 Ogos 2017

Sindir Seolhyun Sebagai Bodoh, Pelakon Senior Mohon Maaf



Baru-baru ini, Penyanyi cantik Seolhyun muncul dengan filem Memoir of A Murderer. Di dalam filem tersebut Seolhyun digandingkan bersama pelakon senior Seol Kyung Gyu.
Bagi pula Seol Kyung Gyu, ketika berlangsungnya press konferen untuk filem berkenaan, dia menyifatkan Seolhyun sebagai blank paper beauty, bermaksud seseorang yang sangat cantik, namun berfikiran sederhana dan kepintaran yang rendah. Komen Hyung Gyu terhadap Seolhyun ini mengundang pelbagai reaksi dari netizen dan secara tak langsung netizen mentafsirkan seolah-olah Kyung Gyu menyindir bahawa Seolhyun bodoh.

"Seolhyun mempunyai personaliti yang baik. Dia boleh tunjukkan imej yang lebih matang berbanding usianya kerana dia menceburi seni hiburan pada usia muda, tapi dia tidak begitu. Dia seorang yang 'ingenuous beauty'. Ia adalah sesuatu yang baik untuk seorang pelakon wanita," katanya.

Tidak mahu perkara ini diperbesarkan, Seol Kyung Gyu segera memperbetulkan keadaan. Mungkin kerana menggunakan bahasa yang kurang sesuai, Seol Kyung Gyu juga meminta maaf kepada Seolhyun dan para peminatnya.

"Saya meminta maaf kerana menggunakan bahasa yang tidak sesuai di press konferen semalam. Saya mahu mengatakan dengan cara yang baik bahawa Seolhyun sangat innocent seperti kertas putih,tapi saya menggunakan bahasa yang salah." katanya.

Sumber: soompi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.