Negara Dengan Sistem Pendidikan Percuma - Budak Buzy

Latest

Bacalah apa yang mungkin patut

Selasa, 29 Ogos 2017

Negara Dengan Sistem Pendidikan Percuma



Malaysia buat masa sekarang belum lagi tergolong dalam kalangan negara yang menyediakan pendidikan percuma dari perringkat sekolah hingga universiti. Namun, banyak negara maju(kebanyakannya Eropah) termasuklah beberapa negara membangun dan negara mundur turut memperkenalkan sistem pendidikan percuma.
Berikut adalah negara yang menyediakan pendidikan percuma:

1. Jerman
Jerman mengenakan pendidikan percuma kepada semua pelajar di peringkat universiti. Walaubagaimanapun, Jerman akan menguatkuasakan ianya hanya tertakluk kepada pelajar tempatan dari benua Eropah sahaja.

2. Perancis & Malta
Perancis & Malta juga sama seperti Jerman. Pendidikan percuma hanya untuk pelajar tempatan dan dari benua eropah sahaja.

3. Austria
Pendidikan di Austria bukanlah percuma sepenuhnya. Pelajar masih perlu membayar yuran tetapi yurannya adalah yang paling murah di Eropah sekitar €360. Pelajar antarabangsa pula dikenakan caj yang lebih tinggi lebih kurang €730. Jadi, tidaklah percuma sangat. Cuma murah saja.

4.Czech Republic
Negara ini memberikan pendidikan percuma sepenuh di peringkat univerisiti namun tidak bagi jurusan yang menggunakan bahasa inggeris.

5. Greece
Antara negara yang mempunyai kos sara hidup yang rendah di Eropah, Grece juga memperkenalkan pendidikan percuma di peringkat universiti.

6. Mauritius
Negara dari benua Afrika ini memperkenal pendidikan percuma untuk peringkat sekolah rendah dan menengah.

7. Norway, Denmark, Sweden, Finland
4 negara ini pasti menjadi pilihan yang terbaik buat anda kerana negara ini menyediakan pendidikan sepenuhnya tanpa mengira negara asal-usul anda.

Walaubagaimanapun, senarai di atas mungkin boleh berubah susulan Brexit. Doakanlah supaya suatu hari nanti Malaysia akan menyediakan pendidikan percuma.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.