Kelebihan Dan Kekurangan Bitcoin - Budak Buzy

Latest

Blog Tanpa Politik

Rabu, 2 Ogos 2017

Kelebihan Dan Kekurangan Bitcoin



Sekiranya anda ingin mula berjinak-jinak untuk menggunakan mata wang digital iaitu Bitcoin, sudah semestinya ia sesuatu yang amat menggalakkan kerana ia adalah satu medium dimana anda boleh manipulasikan untuk mengorek wang pendapatan sampai beribu ringgit tapi bukan semudah itu. Tapi sebelum itu, anda perlulah tahu sedikit sebanyak akan kelebihan dan kekurangannya.

Kelebihan Bitcoin:
  • Tidak dimiliki oleh mana-mana negara.
 Berbeza dengan mata wang negara seperti ringgit, bitcoin tidak dikawal oleh mana-mana negara di dunia.
  • Permintaan yang tinggi
Setakat artikel ini ditulis, 1 bitcoin bersamaan dengan $2,720. Kalau tukar ke ringgit lagi banyak, bukan.

  • Keselamatan yang tinggi
Bitcoin tidak mempunyai bentuk fizikal. Ia hanya wujud secara digital. Kerana itu ia memang agak mustahil untuk dipalsukan. Pembelian secara online lebih selamat dengan bitcoin.

  • Kalis inflasi
Bitcoin tidak dipengaruhi oleh suasana politik seperti peperangan atau masalah ekonomi. Bitcoin diibaratkan seperti emas(mata wang Arab Saudi),tidak terganggu dengan inflasi.


Kekurangan Bitcoin:
  • Tidak stabil
Walaupun terlindung dari inflasi, bitcoin sama saja seperti forex. Sukar diramal dan sentiasa turun naik.

  • Medium urusan haram
Kerana ia tidak dimilik oleh mana-mana negara, wujudlah tangan-tangan hitam yang mula menyalahgunakannya untuk aktiviti haram baik di dalam negara atau luar. Contoh aktiviti haram yang menggunakan bitcoin ialah jual beli dadah secara online.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.