Cara Delevinge Belanja RM565.57 Juta Untuk Sambutan Hari Lahir - Budak Buzy

Latest

Blog Tanpa Politik

Khamis, 3 Ogos 2017

Cara Delevinge Belanja RM565.57 Juta Untuk Sambutan Hari Lahir

 
 
Selebriti Hollywood, Cara Delevingne membelanjakan sebanyak RM565.57 juta demi menyambut hari lahir yang ke-25 bersama 20 orang sahabat baiknya. Bintang filem Valerian and the City of a Thousand Planets ini akan memasuki usia 25 tahun pada tanggal 11 Ogos ini merancang untuk mengadakan sambutan dan percutian istimewa tersebut di Mexico.

Selain itu, Kendall Jenner, Suki Waterhouse, Georgia May Jagger dan Jamie Winstone dikhabarkan akan turut serta dalam percutian tersebut.

Cara memberitahu ketika percutian itu, dia dan rakannya bakal melakukan pelbagai aktiviti yang membolehkan mereka menikmati keindahan alam flora seperti berkayak, meneroka hutan dan beberapa aktiviti lain lagi.

Tambahnya lagi, percutian itu khusus buat wanita sahaja dan dia ingin meraikan usaha kerasnya selama dia bekerja bersama insan tersayang. Model kelahiran London ini cukup dikenali dengan menganjurkan parti liar selain merancang percutian yang menarik buat rakan-rakannya.

Pada jamuan hari lahirnya tahun lepas, Cara mendapat kejutan di mana seorang model bogel melompat keluar daripada kek. Suki pernah menganjurkan parti bagi menyambut ulang tahun pelakon ini dalam sebuah kelab penari bogel yang terletak di Kanada pada tahun 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.