Apa Itu "Deep Web" Dan Cara Melayarinya - Budak Buzy

Latest

Blog Tanpa Politik

Isnin, 17 Julai 2017

Apa Itu "Deep Web" Dan Cara Melayarinya



Anda mungkin pernah satu istilah yang digunakan untuk laman web tertentu iaitu Deep Web. 
Deep Web adalah satu istilah yang merujuk kepada laman web yang tersembunyi dan tidak dapat diindex oleh enjin carian biasa seperti Google dan Yahoo. Google dan Yahoo hanya mengakses 0.03% isi kandungan internet. Deep Web biasanya menjadi sarang bagi hacker professional untuk melakukan aktiviti haram.

Isi kandungan deep web:
Kandungan deep web ada banyak kategori. Contohnya, seperti laman forum, laman shopping, media sosial dan perkhidmatan kewangan. Namun, ia bukan laman biasa seperti carigold,facebook dan zalora. Kebanyakan deep web mempunyai isi kandungan gambar, fail dan video rakaman sebenar yang mengerikan seperti video pembunuhan, penderaan seksual terhadap kanak-kanak dan penyeksaan haiwan. Malahan, anda juga boleh membeli dadah dan mengupah pembunuh di sini.

Jika anda ingin melayari deep web, saya tidak menggalakkan anda berkongsikan maklumat peribadi dan menggunakannya sebarang perkhidmatan atau membeli barangan yang ditawarkan disini kerana kebanyakannya adalah palsu. Jika anda bernasib baik menjumpai laman betul, maklumat peribadi anda mungkin dalam bahaya. Jadi hati-hati.

Salah satu gambar dari deep web


Cara melayari Deep Web:
Cara melayari deep web agak mudah.
Pertama, anda perlu pastikan komputer anda dalam keadaan selamat. Tidak digalakkan menggunakan windows. Jika anda menggunakan windows, sila pasang anti-virus dan lagi bagus kalau hide ip address terus.

Kedua, download Tor Project. Tor Project adalah web browser yang mempunyai rekaan seperti mozilla firefox tetapi berbeza dari segi fungsi. Selepas download, bolehlah ke langkah seterusnya iaitu install.

Ketiga, selepas install, buka Tor browser. Pada search box browser tersebut sila taip dan search hidden wiki. Hidden Wiki adalah muka depan bagi semua deep web yang anda layari. Di situ, tertera nama setiap deep web berdasarkan kategori. Semasa melayari deep web, sila tutup kamera pc@laptop anda dengan pelekat, kertas atau mana-mana yang sesuai. Dikhuatiri wajah anda mungkin diintai secara senyap-senyap.



Ini adalah cara yang paling asas. Cara yang lebih advance pun ada. Cuma terlalu complicated untuk ditulis.

Artikel ini sekadar untuk tujuan pendidikan dan perkongsian informasi sahaja. Terpulang kepada hak individu untuk mencubanya. Jangan Kecam. :)

[PROMO] 
PES2017 free download: http://lynk.my/yWvg
Free Lecture notes: http://universitylecturenotes.blogspot.com

1 ulasan:

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.