Shah Rukh Khan Mengamuk Kena Prank Di Dubai - Budak Buzy

Latest

Bacalah apa yang mungkin patut

Rabu, 7 Jun 2017

Shah Rukh Khan Mengamuk Kena Prank Di Dubai



Raja Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) baru-baru ini menjadi sasaran personaliti prank terkenal dari Mesir, Rames Galal.

Bagaimanapun, gurauan dan jenaka tersebut tidak disenangi oleh SRK. Menerusi video yang dirakam rancangan itu, SRK dikatakan dalam perjalanan untuk ditemu ramah di sebuah padang pasir di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Namun, ketika perjalanan ke tempat yang ingin dituju, kereta yang dinaiki SRK terperangkap lalau terjerumus dalam pasir jerlus hingga mengakibatkan separuh badannya tenggelam bersama-sama dua individu yang ikut serta.
SRK kelihatan tenang dan pada masa sama berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang hampir tenggelam dalam pasir itu, sementara seorang lagi wanita dilihat terjerit-jerit ketakutan.

Saat itu muncul Rames yang menggenakan kostum biawak komodo gergasi datang seolah-olah mahu menyerang mereka sebelum mendedahkan identitinya. Selepas Rames mededahkan identitinya, aktor kacak itu meluapkan rasa kemarahannya di hadapan semua krew program tersebut.

“Ini tak kelakar. Kamu ingat saya datang jauh dari India untuk melakukan benda bodoh ini?” selar SRK.

Rames kemudian dilihat meminta maaf berulang-ulang kali kepada SRK sehingga terpaksa sujud di kaki pelakon itu untuk menenangkannya. Insiden menjadi lebih panas apabila SRK menolak Galal hingga terjatuh dan hampir-hampir menumbuknya.

Terdahulu, Rames Galal pernah menjadi mencetuskan kontroversi apabila melakukan prank terhadap Paris Hilton hinggakan ada dakwaan menyatakan selebriti itu mahu menfailkan saman kerana melakukan prank yang melampau sehingga melibatkan nyawanya.





[PROMO] 
PES2017 free download: http://lynk.my/yWvg
Free Lecture notes: http://universitylecturenotes.blogspot.com
Donate: http://bit.ly/2o5WIi7

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.