Cara dapatkan semula data hilang dalam pendrive kerana virus shortcut

Sekarang, untuk menyimpan maklumat digital, kita lebih suka menggunakan pendrive@flashdrive kerana ia lebih mudah dan cepat berbanding suatu ketika dahulu kita banyak menggunakan CD.DVD ataupun disket. Bermacam-macam data yang boleh disimpan di dalam pendrive seperti movie,video mp3 dan banyak lagi.

Adakah anda sedang atau pernah mengalami pengalaman dimana data@maklumat yang disimpan di dalam pendrive anda hilang kerana serangan virus. Usah risau, ia tidak dibuang oleh virus selama-lamanya. Sebaliknya hanya disembunyikan oleh virus tersebut. Untuk mendapatkannya semula, anda boleh lakukan secara percuma dengan menggunakan aplikasi Command Prompt(Windows) dengan sangat mudah.

Caranya ialah:

1. Sambungkan pendrive yang anda mahukan semula data di dalamnya ke PC/laptop anda.

2. Sila buka Command Prompt. Jika anda tak tahu di mana terletaknya Command Prompt,pergi bahagian search apps ataupun run dan taip cmd.

3. Kenalpasti huruf pendrive anda. Jika hurufnya D,sila taip D: di dalam cmd dan tekan enter.


4. Selepas itu, masukkan kod ini: attrib -s -h /s /d *.* dan tekan enter.


5. Anda dapat semula fail yang anda mahukan.

#Cara ini juga boleh digunakan untuk hard disk@external hard disk anda.


[PROMO] 
PES2017 free download: http://lynk.my/yWvg
Free Lecture notes: http://universitylecturenotes.blogspot.com
Donate: http://bit.ly/2o5WIi7
Share on Google Plus

Pasal Budak Buzy

Saya budak yang paling buzy dalam dunia ingin mengucapkan terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa melayari blog ini. Silalah tinggalkan komen supaya kita boleh bertukar maklumat dan berkongsi pendapat.

1 comments:

  1. Hi Ucing singgah dari segmen mia liana (^_^).Selamat berpuasa...

    BalasPadam

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.