A Pink Terima Ugutan Bunuh Dari Panggilan Telefon - Budak Buzy

Latest

Bacalah apa yang mungkin patut

Khamis, 15 Jun 2017

A Pink Terima Ugutan Bunuh Dari Panggilan Telefon



Berita yang menakut berkaitan dengan kumpulan K-pop, A Pink baru-baru ini menerima ugutan bunuh dari panggilan telefon.

"Pada 14 Jun, sekitar pukul 9 malam,  6 atau 7 anggota polis bergegas ke agensi rakaman A Pink (Plan A Entertainment)," kata seorang sumber. 

Menurut sumber tersebut lagi, A Pink telah meminta perlindungan atau jaminan keselamatan dari pihak polis.

Agensi A Pink memberi penjelasan situasi sebenar menerusi akaun Twitter mereka.






"Polis dihubungi oleh Plan A pada hari Rabu, 14 Jun sekitar jam 08.30,Jaminan keselamatan untuk A Pink dilberikan. Kami masih berusaha untuk bekerjasama dengan polis bagi mengenalpasti dalang di sebalik ugutan tersebut, dan kami akan melakukan yang terbaik untuk keselamatan A Pink di masa depan."

Menurut maklumat, pasukan keselamatan tambahan juga telah dihantar ke studio latihan di mana A Pink tinggal di daerah Gangbuk di Seoul. Wakil Plan A turut menambah bahawa mereka tidak akan menjawab sebarang panggilan telefon buat masa terdekat kerana terkejut dengan ugutan tersebut.

Anggota kumpulan Twice, Mina Myoui turut menerima ugutan bunuh sebelum ini.


[PROMO] 
PES2017 free download: http://lynk.my/yWvg
Free Lecture notes: http://universitylecturenotes.blogspot.com
Donate: http://bit.ly/2o5WIi7

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.