10 Babak Standard Dalam Drama Melayu. Dah agak dah apa yang terjadi

Image Source: Bulletin Media

 Drama Melayu memang tak lari dari kisah jiwang. Kalau dah jiwang, sudah semestinya ia bergenre romantik. Terutama sekali drama pukul 7 tu. Namun, perasan atau tidak jika anda tonton balik semua drama melayu yang ada di kaca tv, drama melayu sering membawa beberapa perkara yang sudah dijangka. Jadi, budak yakin anda(Kaki drama) perasan apa yang biasa terjadi dalam drama melayu. Itupun jika anda seorang yang teliti.

Berikut adalah perkara biasa yang terjadi dalam drama melayu pada pendapat budak:


1. CEO muda dengan projek berjuta-juta
Tidak mestinya CEO. Boleh jadi pengurus besar atau lain-lain. Dalam drama melayu saja kita boleh tengok CEO syarikat adalah orang muda yang belum sampai umur 30 tahun. Belum sampai umur 25 pun kadang-kadang ada. Sedangkan dalam kehidupan sebenar orang yang berusia 50 tahun keatas saja yang biasanya bergelar CEO. Tetapi trend terbaharu sekarang ialah watak seorang pilot.

3. Kekasih CEO selalunya adalah watak jahat
Yang ini boleh dikatakan sering ditunjukkan. Kekasih CEO biasanya adalah wanita cantik dan seksi yang berpewatakan gedik dari golongan keluarga kaya seperti CEO nya juga.
4. Anak Datuk atau Tan Sri
Yang ini memang standard. Kadang-kadang budak terfikir, Kenapa mesti  membawa watak yang bergelar Datuk atau Tan Sri. Adakah masalah rumah tangga dan cinta hanya berlaku kepada keluarga VIP saja? Kadang-kadang Datuk atau Tan Sri(atau Datin) inilah watak jahat dalam drama.

5. Fresh-graduate dari Universiti.
Baru habis belajar dari Univerisiti luar negara, terus dapat jawatan tinggi-tinggi(ekskutif) dalam syarikat(biasanya syarikat keluarga). Dahsyat betul. Kabel apa yang dia pakai?
6. Suami Isteri tak nak tidur sebilik.
Semuanya gara-gara ibubapa mereka memaksa mereka kahwin walaupun tiada perasaan cinta. Sebelum berkahwin, mereka tidak mengenali antara satu sama lain atau saling membenci. Sorang cakap dia ni poyo, sorang lagi cakap dia ni kurang ajar. Standard lah.


7. Isteri akan minta cerai.
Yang ini akan berlaku ketika mereka bergaduh dan berperang mulut kerana salah faham atau hasutan yang ditimbulkan oleh bekas kekasih mereka(nombor 9). Pergaduhan ini akan berlaku selepas mereka sudahpun saling mencintai selepas dipaksa berkahwin(nombor 6).

8. Pemilik kedai Butik.
Pemilik kedai butik ialah ibu kepada si suami atau isteri ataupun si isteri itu sendiri ataupun kawan si isteri.
9. Bekas kekasih akan ganggu rumah tangga mereka.
Ini yang menyebabkan berlakunya nombor 5 tadi. Dalam situasi ini, ex mereka akan mengganggu rumah tangga mereka. Nak bagi lebih suspen, ex tersebut mengupah orang jahat untuk mengganggu rumah tangga mereka dengan bermacam-macam cara. Endingnya, bekas kekasih akhirnya insaf dan bertemu jodoh dengan orang lain. Siapa? kawan baik kepada ex dia jugak. Memang kecik betul dunia ni.

10. Tajuk drama ada perkataan "Suamiku","Encik" dan "Mr".
Cuba check balik. Berapa banyak drama melayu yang tajuknya yang ada perkataan ini.




Bukan semua drama melayu seperti apa yang budak tulis. Tapi kebanyakannya memang macam ni. Elemen seperti ini memang tidak boleh dipisahkan dari drama melayu. Ia adalah asam garam untuk menjadi sesebuah drama itu nampak menarik ketika ditonton. Apa lagi agaknya perkara biasa yang terjadi dalam drama yang anda perasan?

[PROMO]
PES2017 free download: http://lynk.my/yWvg
Free Lecture notes: http://universitylecturenotes.blogspot.com
Donate: http://bit.ly/2o5WIi7
Share on Google Plus

Pasal Budak Buzy

Saya budak yang paling buzy dalam dunia ingin mengucapkan terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa melayari blog ini. Silalah tinggalkan komen supaya kita boleh bertukar maklumat dan berkongsi pendapat.

1 comments:

  1. As salam. memang dah lama x tengok drama Melayu jam 7 mlm ni. Org nak solat Maghrib masa tu la demo tayang citer yg melarakan...

    P.S Jom join GA abam kie?
    http://www.zukidin.com/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html

    BalasPadam

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.