Wanita gemuk ini pertama kali keluar berdating selepas kurus



Impian untuk menguruskan badan memang menjadi sasaran setiap manusia terutamanya golongan wanita yang inginkan tubuh badan yang slim. Semoga kisah wanita ini menjadi pembakar semangat kepada mereka yang mahukan tubuh badan yang diingini.

Nikki Webster, 34 tahun, dari Little Rock, Arkansas, selepas bertahun-tahun berada dalam kegemukan, Nikki yang pernah memiliki berat badan sebanyak 294kg akhirnya mampu membeli seluar jeans yang pertama untuk dirinya, selepas berjaya mengurangkan berat badan kepada 87.9kg. Dia juga berjaya membuang 25kg lebihan kulit pada badannya selepas menjalani pembedahan pintasan gastrik setahun yang lalu.

Dia yang muncul dalam rancangan realiti TLC, My 600lb Life kini sudah mula berdating dan berjalan-jalan, iaitu sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan ketika dia masih gemuk dulu.

“Berat badan saya telah melemahkan saya. Badan saya begitu menyakitkan dan saya membencinya. Ketika itu makanan adalah satu ketagihan kepada saya dan ia membunuh saya,”
katanya.


Selepas menjalani prosedur pintasan gastrik itu, Nikki telah membuang 93 kg berat badan dalam masa setahun dan dengan bantuan terapi, dia memastikan berat badan Nikki tidak bertambah. Kemudian, Nikki berjaya mengurangkan lagi 90 kg dalam masa 12 ke 18 bulan.

Meskipun Nikki berjaya dalam proses pengurangan berat badan, dia juga ke atas pemergian kawan baiknya, Michael meninggal dunia selepas menjalani pembedahan yang sama.

“Awal tahun ini, kawan baik saya Michael menjalani pintasan gastrik dan dia meninggal dunia. Ia menghantui saya,” kata Nikki.

Dan selepas kira-kira setahun dia menjalani pembedahan pintasan gastrik, kawannya, Marc telah mengajak Nikki keluar dan itulah buat kali pertama sejak bertahun-tahun Nikki keluar berdating.

[Sumber: mynewshub]
Share on Google Plus

Pasal Budak Buzy

Saya budak yang paling buzy dalam dunia ingin mengucapkan terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa melayari blog ini. Silalah tinggalkan komen supaya kita boleh bertukar maklumat dan berkongsi pendapat.
    Komen Budak Blogger
    Komen Budak Facebook

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.