Wanita 35 tahun bergelar jutawan dalam tempoh 24 jam - Budak Buzy

Latest

Blog Tanpa Politik

Isnin, 8 Mei 2017

Wanita 35 tahun bergelar jutawan dalam tempoh 24 jam



Hanya dalam masa semalaman atau kurang 24 jam, Lynsi Snyder, menjadi jutawan selepas menerima 97 peratus saham dalam rangkaian makanan segera In-N-Out Burger.
Ini menjadikan Lynsi sebagai orang kaya dengan nilai harta dianggarkan sebanyak RM5.6 bilion dan ia merupakan bahagian akhir daripada harta yang diwarisi kepadanya.

Lynsi adalah cucu kepada Harry dan Esther Snyder, yang merupakan pengasas kepada In-N-Out Burger di California.
Dia terpaksa menunggu untuk mendapat semua saham terbabit sehingga Jumaat lepas, iaitu pada hari jadinya. Sebelum ini, Lynsi memiliki pegangan saham sebanyak 50 peratus ketika berusia 30 tahun dan baki saham itu diberikan selepas usianya mencecah 35 tahun.

Pada 2010, dia dilantik sebagai presiden syarikat terbabit selepas 4 tahun kematian neneknya, Esther. Sejak mengambil alih syarikat itu, In-N-Out telah meluaskan operasi sebanyak 30 peratus.
Kini, restoran makanan segera itu mempunyai lebih 320 cawangan di California, Texasm Oregon, Arizona, Nevada dan Utah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.