Ucapan panjang lebar Emma Watson di MTV Movie Awards jadi bualan netizen - Budak Buzy

Latest

Blog Tanpa Politik

Selasa, 9 Mei 2017

Ucapan panjang lebar Emma Watson di MTV Movie Awards jadi bualan netizen



Emma Watson membuktikan dirinya yang memegang watak sebagai Belle di dalam filem Beauty and The Beast adalah sesuatu yang hebat. Wanita 27 tahun itu memenangi anugerah sebagai Best Actor dari MTV Movie Awards menerusi filem tersebut pada Ahad.

Emma berjaya mengalahkan calon-calon lain bagi anugerah tersebut seperti Daniel Kaluuya, Hailee Steinfield, Hugh Jackman, James McAvoy, dan Taraji P Henson.Tahun ini adalah tahun pertama  pihak MTV Awards menggabungkan pelakon lelaki dan perempuan dalam satu kategori yang sama.

Sebaik saja diumumkan sebagai pemenang anugerah tersebut, Emma naik ke pentas dan Emma menyampaikan ucapannya. Tiada apa-apa yang melucukan,sensitif atau pelik pada ucapannya.

Dia hanya menyelipkan nilai-nilai feminisme dalam ucapannya. Cuma, apa yang menyebabkan netizen naik hairan ialah ucapan Emma yang terlalu panjang. Ucapan Emma yang dilihat terlalu panjang ini menjadi bualan dan jenaka netizen.



Video ucapan Emma Watson:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.