Saintis Sarankan Anda Makan Tahi Hidung Untuk Kekal Sihat - Budak Buzy

Latest

Bacalah apa yang mungkin patut

Rabu, 17 Mei 2017

Saintis Sarankan Anda Makan Tahi Hidung Untuk Kekal Sihat



Tentu tak ada orang yang nak makan kotoran yang tinggal di dalam hidung yang kita panggil sebagai tahi hidung. Lepas korek terus buang.

Namun tahukah anda, kajian terbaharu para saintis Barat mendapati tindakan untuk menelan tahi hidung selepas dikorek mungkin mampu membantu meningkatkan sistem imun.
"Makan saki-baki tahi hidung kering yang ditarik keluar daripada hidung adalah cara yang baik untuk menguatkan sistem imun tubuh anda,” kata pakar paru-paru Austria, Profesor Friedrich Bischinger kepada media The Telegraph.

Para saintis daripada beberapa universiti terkemuka dunia, termasuk MIT dan Harvard menyatakan bahawa hingus kering atau tahi hidung mengandungi bakteria baik.

Oleh itu, mereka memutuskan bahawa memakan tahi hidung mungkin mampu mencegah bakteria penyebab kaviti daripada melekat di gigi, mempertahankan jangkitan pernafasan, ulser perut dan juga HIV, lapor Telegraph.
CBC News melaporkan bahawa terdapat beberapa orang penyelidik sedang membuat kajian untuk mencipta ubat gigi dan gula-gula getah yang diperbuat daripada hingus sintetik untuk meningkatkan kebersihan gigi.

Sumber : mynewshub

[PROMO] 
PES2017 free download: http://lynk.my/yWvg
Free Lecture notes: http://universitylecturenotes.blogspot.com
Donate: http://bit.ly/2o5WIi7

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.