Lelaki Bertuah Nikahi 2 Gadis Sekaligus - Budak Buzy

Latest

Blog Tanpa Politik

Rabu, 17 Mei 2017

Lelaki Bertuah Nikahi 2 Gadis Sekaligus



Netizen Indonesia ketika ini 'trending' dengan kisah seorang jejaka tempatan yang mampu melakukan pernikahan dengan dua gadis pilihannya sekaligus.

Foto perkahwinan ini dimuat naik menerusi akaun Instagram @miminsekayu itu memperlihatkan si pengantin lelaki tersenyum bahagia duduk sambil diapit dua anak dara dengan ketiga-tiganya memakai pakaian tradisional Palembang.

Menurut media tempatan, lelaki  itu hanya dikenali dengan singkatan HN dan insiden luar biasa tersebut disahkan ketua rombongan pengantin, Agus Kurniawan namun, dia mengaku tidak mengetahui cerita selengkapnya.

"Benar, laki-lakinya memang warga kita, tinggal di Desa Kasmaran. Sedangkan dua wanita itu tinggal di desa kecamatan lain,” ujar ketua Kampung Kecamatan Babat Toman yang dikenali sebagai Effendi.

Beliau sendiri termasuk tetamu undangan yang hadir begitu terkejut apabila mendapati tiga orang duduk kerusi pelamin pengantin dan dimaklumkan bahawa sedang berlangsung pernikahan serentak tiga mempelai.
"Kami sama sekali tidak tahu ada rencana begitu, lepas datang ternyata pengantin wanita ada dua, duduk di pelaminan, yang lelaki duduk di tengah-tengah,” ungkap Effendi ketika dihubungi media.

Tersentak dengan perkahwinan unik itu, ketiga-tiganya menjadi tumpuan lensa kamera dan telefon pintar ramai jemputan.
Meskipun demikian, tiga pengantin tampak menikmati saat indah tersebut. Raut kebahagian dipancarkan raut wajah dua mempelai wanita dan sang suami mereka. Begitu juga kedua-dua orang tua pengantin perempuan itu.



Sumber: mynewshub

[PROMO]
PES2017 free download: http://lynk.my/yWvg
Free Lecture notes: http://universitylecturenotes.blogspot.com
Donate: http://bit.ly/2o5WIi7

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.