Katy Perry dikritik kerana komen perkauman - Budak Buzy

Latest

Blog Tanpa Politik

Khamis, 4 Mei 2017

Katy Perry dikritik kerana komen perkauman


Penyanyi antarabangsa, Katy Perry dikritik netizen selepas didakwa mengeluarkan komen yang disifatkan satu hinaan dan rasis terhadap bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Katy mengeluarkan kenyataan sedemikian menerusi aplikasi Instagram Live di mana Katy berinteraksi secara langsung dengan peminatnya baru-baru ini.

Salah seorang peminat menegur yang dia rindukan rambut hitam berkilat Katy sebelum ini. Katy kemudian secara spontan membalas, “Ye ke (anda rindukan rambut hitam saya). “Adakah awak rindukan Obama juga? Oh, OK. Keadaan berubah. Bye, jumpa anda lagi nanti.”

Katy kini berpenampilan rambut pendek rona blonde ssebagai imej terbaharunya.

Tersentak dengan kenyataan itu, kebanyakan netizen mengecam Katy dengan mengatakan dia seorang yang tidak sensitif apabila mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman yang boleh menyinggung perasaan sesetengah pihak.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.