Enggan berkahwin, Gadis dirogol dan dihentak dengan batu - Budak Buzy

Latest

Bacalah apa yang mungkin patut

Selasa, 16 Mei 2017

Enggan berkahwin, Gadis dirogol dan dihentak dengan batu



India sekali lagi dikejutkan dengan kejadian serangan seksual terhadapa wanita. Kali ini, gara-gara teman wanitanya memutuskan hubungan, seorang lelaki bersama enam rakannya telah menculik, merogol dan membunuh wanita itu sebelum kepalanya dilanggar dengan kereta bagi mengelakkan identitinya dikenalpasti.

Kejadian itu berlaku di Rohtak, India melibatkan mangsa, seorang wanita berusia 23 tahun dikenali sebagai Sonipat. Mayatnya pula telah diratah oleh anjing jalanan. Bekas teman lelakinya, Sumit bersama rakan-rakannya telah ditangkap dan mereka mengaku melakukan jenayah kejam itu.

"Bedah siasat yang dijalankan mendapati tengkoraknya telah hancur dan dia juga telah diberikan ubat pelali yang dicampur dalam minumannya,'kata polis.

Keluarga Sonipat memberitahu, Sumit sebelum ini turut memaksa anak mereka berkahwin namun mangsa enggan berbuat demikian.

Dalam pada itu Sumit ketika mengaku melakukan pembunuhan berkenaan berkata dia dan Sonipat saling mencintai namun berlaku pergaduhan antara mereka berdua. Dia juga telah membunuh Sonipat dengan menghentak kepalanya dengan batu sebelum dilanggar dengan kereta. Pembunuhan itu mencetuskan kemarahan ramai dengan aktivis mendesak penjenayah dihukum mati. 



[PROMO] 
PES2017 free download: http://lynk.my/yWvg
Free Lecture notes: http://universitylecturenotes.blogspot.com 
Donate: http://bit.ly/2o5WIi7

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.