Elizabeth Tan minat lelaki melayu - Budak Buzy

Latest

Blog Tanpa Politik

Isnin, 15 Mei 2017

Elizabeth Tan minat lelaki melayu



Penyanyi bersuara seksi Elizabeth Tan akui bahawa dirinya lebih tertarik dengan keperibadian lelaki Melayu. Walaupun baru sahaja putus cinta dengan seorang lelaki daripada etnik Cina sepertinya kira-kira dua minggu lalu, itu tidak menjadikan penyanyi berbangsa Cina itu untuk serik bercinta dengan lelaki Melayu.

Menurut Elizabeth atau Lizzy, dia mempunyai alasan sendiri mengapa dia selesa mendampingi lelaki Melayu.

“Apa yang saya suka daripada orang Melayu ini, kalau mereka sayang seseorang itu, mereka akan meletakkan orang yang disayangi itu sebagai keutamaan. Lagi satu, kenapa saya lebih suka lelaki Melayu kerana mereka kelakar,” jelasnya kepada media.

Ditanya mengenai hubungan cintanya yang tidak kesampaian dengan bekas teman lelaki, Lizzy mengakui bahawa dirinya berasa sedih walaupun hubungan tersebut hanya bertahan selama empat bulan sahaja.

“Kami putus sebab banyak isu yang berlaku sepanjang bersama. Pada masa sama, sepanjang empat bulan bercinta saya belajar banyak benda. Saya memang suka lelaki Melayu sejak di bangku sekolah lagi. Tetapi dia (lelaki yang baru putus cinta dengannya dua minggu lalu), satu-satunya lelaki yang saya sudah bawa jumpa keluarga. Saya sangat menyayanginya dan hubungan kami memang serius ketika itu. Sayangnya tidak berpanjangan,” jelasnya lagi.

2 ulasan:

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.