Tiket Konsert EXO di Amerika Syarikat tak laku



Sejak kembali dengan "Lotto", boyband K-pop EXO kini sibuk dengan jadual untuk satu acara besar iaitu Konsert The EXO'rDIUM di 2 lokasi di Amerika Syarikat.

Namun, baru-baru ini tersiar trending di sebuah laman forum  yang menyatakan bahawa konsert EXO tidak berjalan lancar. Memetik kenyataan dari sebuah laman web forum online, Onehallyu, tiket konsert EXO di 2 lokasi konsert tersebut tidak laku.

Menurut laman forum tersebut, waktu penjualan tiket dan tarikh konsert berlangsung hanya berselang sekitar 2 minggu yang mungkin terlalu singkat. Selain itu, waktu EXO untuk mengadakan konsert juga dianggap kurang sesuai kerana ada boyband lain yang juga mengadakan konsert di sana seperti Big Bang dan Bangtan Boys. Walaupun begitu, netizen tidak berpendapat populariti EXO menurun.


Share on Google Plus

Pasal Budak Buzy

Saya budak yang paling buzy dalam dunia ingin mengucapkan terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa melayari blog ini. Silalah tinggalkan komen supaya kita boleh bertukar maklumat dan berkongsi pendapat.

1 comments:

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.