Tak tahu nak tulis apa dekat blog? dapatkan idea dari Hubspot



Mana-mana blogger pun memang akan mengalami masalah kekeringan idea untuk menulis atau update blog termasuklah budak sendiri. Dan dari situlah datangnya tindakan untuk copy paste kandungan blog orang lain,kan. Budak nak buat satu perkongsian tentang apa yang anda boleh buat jika anda ketandusan idea tentang apa yang anda nak update pada blog anda.

Kalau tak tahu nak tulis apa, dipersilakan untuk menggunakan satu servis online ini iaitu Hubspot. Hubspot akan membantu anda untuk mencari apakah tajuk entri yang boleh anda tulis dalam blog anda jika ketandusan idea. Konsepnya lebih kurang sama seperti Google Alert. 
Berikan keyword tentang apa yang anda nak tulis dan kemudiannya Hubspot akan berikan beberapa cadangan tajuk entri untuk anda. Jadi, kalau nak guna Google Alert saja pun boleh. Cuma bezanya Hubspot memberikan cadangan tajuk entri saja, bukan kandungan entri seperti Google Alert. Kandungan entri kena cari sendiri. Sama ada ia boleh membantu anda atau tidak, boleh cuba dulu. Selamat mencuba.



Share on Google Plus

Pasal Budak Buzy

Saya budak yang paling buzy dalam dunia ingin mengucapkan terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa melayari blog ini. Silalah tinggalkan komen supaya kita boleh bertukar maklumat dan berkongsi pendapat.

1 comments:

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.