Steve Harvey beri respon tersilap umum pemenang anugerah Oscar - Budak Buzy

Latest

Bacalah apa yang mungkin patut

Khamis, 2 Mac 2017

Steve Harvey beri respon tersilap umum pemenang anugerah Oscar



Ketika anugerah Oscar 2017 yang lalu, ketika pemenang untuk kategori Best Picture diumumkan, penyampai anugerah, Warren Beatty melakukan kesilapan. Beliau menyebut La La Land sebagai pemenang, sedangkan Moonlight adalah pemenang sebenar.

Namun, dalam hal ini Warren tidak bersalah kerana beliau hanya menerima kad yang telah tertukar dengan kategori Best Actress yang dimenangkan oleh Emma Stone. Pengacara Oscar, Jimmy Kimmel secara berseloroh menyebut Steve Harvey yang menjadi punca insiden tersebut berlaku.



Apa yang berlaku di pentas Oscar itu mengingatkan kita kepada insiden tersilap umum nama pemenang ketika Steve Harvey menjadi pengacara untuk Miss Universe 2015 yang lalu.

Selepas namanya disebut di Oscar, melalui akaun Twitter-nya, Steve Harvey secara berseloroh menulis tweet yang berbunyi, "Hubungi saya Warren Beatty. Aku boleh membantu kamu melalui ini semua! #Oscars."

Bukan itu saja, Steve juga memberi kata-kata semangat untuk dirinya sendiri secara langsung di program radionya, The Steve Harvey Morning Show. "Saya ingin menyampaikan kata-kata Martin Luther King. 'Free at last, free at last. Terima kasih Tuhan. Akhirnya saya bebas.' nasib baik bukan saya (yang melakukan kesilpan di Oscar)!" sindirnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.