Simpati pada mereka yang tak lulus BR1M kerana SSM



Budak terdetik hati nak tulis entri ni sebab rasa simpati terhadap rakyat Malaysia yang tidak mendapat kelulusan BR1M gara-gara SSM. Budak rasa simpati dengan korang. Sampai ada yang marah-marah dan mencarut tak puas hati. 

Kerajaan telah menyarankan supaya rakyat Malaysia mendaftarkan perniagaan kepada SSM walaupun berniaga secara kecil-kecilan. Tapi bila sudah buat apa yang disarankan, ini pula yang terjadi. Ada yang pergi ke bank awal-awal pagi untuk tengok BR1M masuk atau tidak. Lepas tu, sedih sebab dapat tahu BR1M tak diluluskan. Janganlah ada yang rasa menyesal mendaftar ke SSM. Budak tak tahu dan tak pasti apakah penjelasan yang betul untuk meredakan keadaan ini tapi budak simpati sangat dengan nasib anda.

Tak mengapalah. Mungkin belum rezeki anda. Budak doakan semoga anda dapat rezeki yang lebih baik dari BR1M.  :-)
Share on Google Plus

Pasal Budak Buzy

Saya budak yang paling buzy dalam dunia ingin mengucapkan terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa melayari blog ini. Silalah tinggalkan komen supaya kita boleh bertukar maklumat dan berkongsi pendapat.

1 comments:

  1. ada tu yang dapat brim tapi kayo . buat ssm belum tentu ada duit kepok2. boleh jadi dia peniaga kecil yang rugi.

    BalasPadam

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.