Rumah Kendall Jenner dipecah masuk - Budak Buzy

Latest

Bacalah apa yang mungkin patut

Jumaat, 17 Mac 2017

Rumah Kendall Jenner dipecah masuk



Oktober tahun lalu Kim Kardashian menjadi mangsa rompakan di Paris. 4 bulan kemudian, giliran adik tirinya Kendall Jenner yang jadi mangsa orang tidak bertanggung jawab. Pada Rabu, 15 Mac lepas, kediaman Kendall yang terletak di Hollywood Hills dipecah masuk.

Sejumlah perhiasan mewah bekas kekasih Harry Styles ini hilang. Jumlah kerugian yang dialami Kendall dianggarkan mencecah USD200.000. Walau bagaimanapun, rumah Kendall tidak terdapat sebarang tanda dipecah masuk,  menurut laporan TMZ.

Hasil siasatan, polis percaya bahawa dalang disebalik kes kecurian ini melibatkan orang dalam. Menurut beberapa sumber, Kendall mengadakan parti di kediamannya itu pada Rabu malam bersama beberapa rakannya.

Anak kepada Kris Jenner ini berkata dia mendengar bunyi pintu terbuka. Tapi berfikir bahawa itu adalah tanda seseorang memecah masuk. Pada Khamis, jam 1 pagi, Kendall menyedari kotak barang kemas yang ada di biliknya terbuka dan kandungannya telah hilang.
Setakat ini, Kendall masih belum memberikan perkembangan leih lanjut mengenai kejadian tersebut.

2 ulasan:

  1. Time kenduri pun ada barang kemas hilang..
    Kadang2 anak buah sendiri punya perangai..

    BalasPadam
  2. tau xpe. susah dah nak percaya sedara sendiri skrg

    BalasPadam

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.