Rosli Dhobi cinta sejati Ani Ali selama 67 tahun - Budak Buzy

Latest

Bacalah apa yang mungkin patut

Khamis, 2 Mac 2017

Rosli Dhobi cinta sejati Ani Ali selama 67 tahun



Seperti mana yang kita tahu, Rosli Dhobi adalah pejuang kemerdekaan Sarawak dari Sibu. Ramai yang tahu kisah perjuangannya yang telah mengheretnya ke tali gantung. Untuk makluman hari ini 2 Mac genap 67 tahun Rosli Dhobi bersama rakan-rakan seperjuangannya dari Rukun 13 iaitu Morshidi Sidek, Awang Ramli, Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong digantung mati atas tuduhan bersubahat dan membunuh Gabenor British Sarawak kedua,Sir Duncan Stewart pada 3 Disember 1949.

Disebalik suka duka perjuangan Rosli, Rosli juga seperti anak muda yang lain. Punya hati dan perasaan cinta. Cinta Rosli Dhobi boleh dianggap sebagai "Cinta Mati". Dia juga bercinta dengan seorang gadis ketika hayatnya. Gadis yang dicintai oleh Rosli ialah Ani binti Ali yang kini dikenali dengan nama Hajah Ani Ali.



Dialah cinta pertama dan terakhir Rosli Dhobi. Kisah percintaan mereka dizahirkan dengan berutusan surat dan jelingan mata. Namun percintaan mereka tidak sampai ke jinjang pelamin kerana Rosli Dhobi telah ditangkap dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Pada usia yang masih terlalu muda, Ani ketika itu tetap tabah menghadapi dugaan.

Walaupun Rosli telah meninggal dunia,hati dan cintanya tetap hanya untuk Rosli. Inilah yang dikatakan cinta sejati kerana sehingga sekarang Ani tidak pernah berkahwin walaupun sudah 67 tahun Rosli Dhobi meninggal dunia.

Sumber - kamek miak sarawak instagram

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.