"Oscar menyedihkan, Hollywood terlalu fokus dengan Politik" - Donald Trump - Budak Buzy

Latest

Blog Tanpa Politik

Khamis, 2 Mac 2017

"Oscar menyedihkan, Hollywood terlalu fokus dengan Politik" - Donald Trump



Kesilapan mengumumkan nama pemenang dalam kategori Best Picture Oscar memang satu perkara yang memalukan. Ramai pihak yang sudah menjadikan kejadian tersebut sebagai satu bahan jenaka. Termasuklah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump juga mempersendakan anugerah berprestij tersebut.

Dalam satu temubual eksklusif, Trump mengatakan bahawa kegagalan Oscar adalah kerana Hollywood yang terlalu fokus 'menyerang' dirinya. Trump juga menyebut bahawa Hollywood terlalu fokus kepada politik hingga melupakan bagaimana cara membuat acara yang baik dan betul.

"Saya rasa mereka terlalu fokus terhadap politik," kata Trump. 

"Perkara itu sedikit menyedihkan. Anugerah tersebut tidak lagi nampak seperti anugerah yang sangat berprestij. Saya pernah hadir ke Oscar, namun saya merasa ada sesuatu yang hilang dari anugerah tersebut, dan ia menyedihkan," tambahnya.

Suka atau tidak, itulah hakikatnya. Oscar tahun ini memang lebih berunsurkan politik. Dari acara Karpet merah, ramai selebriti Hollywood yang memakai riben biru sebagai simbol sokongan untuk American Civil Libery Union (ACLU).

ACLU adalah salah satu organisasi yang menentang dasar pemerintahan Trump yang yang bersifat anti-Islam. Dasar tersebut melarang orang Islam untuk memasuki Amerika Syarikat.

Jimmy Kimmel selaku pengacara Oscar 2017 menyindir Trump dan menanyakan adakah dia sedang menonton Oscar. Kimmel dalam akaun Twitternya "Hey @realDonaldTrump u up?".



                                 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.