Kurang RM4, lelaki mengamuk di Pusat Servis DiGi Sibu - Budak Buzy

Latest

Blog Tanpa Politik

Selasa, 14 Mac 2017

Kurang RM4, lelaki mengamuk di Pusat Servis DiGi Sibu



Semalam, seorang lelaki berang apabila kredit telefon prabayar berkurang RM4 setiap hari, dia bertindak liar dengan memecahkan pintu kaca dan beberapa telefon bimbit di dua cawangan sebuah syarikat telekomunikasi DiGi, di bandar Sibu. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Saiful Bahari Abdullah, berkata lelaki itu bertindak merosakkan premis di Jalan Wong King Huo pada jam 1.45 tengah hari semalam. 

Lelaki itu kemudian memecut kenderaannya ke sebuah lagi pusat khidmat syarikat telekomunikasi sama di Jalan Keranji dan memecahkan pintu hadapan premis berkenaan. 

"Polis berjaya menjejaki suspek yang bekerja di sebuah pusat hiburan di sini dan menahannya di sebuah lokasi di Jalan Belian pada jam 5 petang tadi. Kayu golf yang digunakan untuk merosakkan premis itu turut dirampas dan suspek ditahan untuk tindakan lanjut," katanya. 



Saiful Bahari berkata, siasatan awal mendapati dia mengamuk hanya kerana tidak berpuas hati kerana mendakwa kredit prabayarnya berkurangan sebanyak RM4 setiap hari. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan. Pengawal keselamatan di sebuah premis berkenaan, Kumbang Empera, berkata serangan itu berlaku dengan pantas dan dia cedera di belakang telinga kanan. 

"Ketika kejadian, saya menyangka lelaki itu adalah pelanggan biasa. Saya melakukan rutin biasa membuka pintu untuk pelanggan tetapi belum sempat saya buka pintu, suspek menghayun kayu golf ke pintu kaca premis ini. Saya tidak sempat mengelak dan serpihan kaca itu terkena belakang telinga sehingga luka sedikit," katanya ketika ditemui di premis itu.

Sumber: Berita Harian

Budak pun pengguna kad prabayar DiGi. Budak tak pernah nak mengamuk walaupun kredit habis sampai 10 ringgit. Komen sikit jika anda pengguna DiGi. Perlukah mengamuk sampai macam ni.







2 ulasan:

  1. Dulu kak PC guna Digi..oleh sebab tiada coverage bila balik kampung..maka tukar lain...sebab adakala balik kampung untuk jangka masa yng lamakan..

    BalasPadam
  2. ingat kejadian ni d oversea. rupanya kat sibu. sy pengguna setia celcom.

    BalasPadam

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.