Kontroversi Beauty and The Beast. Patutkah diharamkan?



Heboh di media sosial ketika ini tentang filem terbaru lakonan Emma Watson terbitan Disney iaitu Beauty and The Beast. Filem ini mendapat perhatian ramai di Malaysia kerana babak gay dalam filem tersebut. Gara-gara babak tersebut, tayangannya terpaksa ditangguhkan atau mungkin diharamkan. Kini, babak tersebut sedang dalam perancangan untuk dipotong jika ditayangkan di Malaysia.

Pelbagai reaksi yang kita boleh tengok orang Malaysia di media sosial sekarang ni. Antaranya reaksi pelakon filem J Revolusi, Fazura yang mengeluarkan kenyataan di twitter bahawa iman orang Malaysia senipis kulit bawang. Kenyataan Fazura mendapat kecaman ramai netizen Susulan itu, Fazura memberitahu dia mahu menonton filem tersebut di luar negara.



Berbalik kepada filem tersebut, beberapa pawagam di Alabama Amerika Syarikat telah mengesahkan bahawa mereka tidak akan menayangkan filem tersebut manakala Rusia pula memberi penarafan filem tersebut sesuai untuk ditonton oleh golongan 16 tahun ke atas.

Budak tak kisah kalau nak diharamkan sebab budak bukan jenis pergi pawagam. Secara peribadi dan jujur budak cakap, sama ada tayangan diharamkan  atau tidak, kita tetap dapat menontonnya di internet sama ada percuma mahupun berbayar. Download dan boleh tengok berulang kali kalau nak. 


Sepatutnya internet lah medium yang perlu ditapis, di internet macam-macam benda boleh jumpa..faham2 sajalah. Budak tak nak cakap lebih2,nanti kena kecam pulak.
Share on Google Plus

Pasal Budak Buzy

Saya budak yang paling buzy dalam dunia ingin mengucapkan terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa melayari blog ini. Silalah tinggalkan komen supaya kita boleh bertukar maklumat dan berkongsi pendapat.

1 comments:

  1. Lor... Beauty and the beast antara filem yang Mrs. A nak tengok huhuhu...

    BalasPadam

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.