Jackson GOT7 lanjutkan tempoh berehat selepas pengsan di depan peminat - Budak Buzy

Latest

Blog Tanpa Politik

Selasa, 21 Mac 2017

Jackson GOT7 lanjutkan tempoh berehat selepas pengsan di depan peminat



Anggota kumpulan GOT7 iaitu Jackson, baru-baru ini jatuh pengsan ketika program bertemu peminat di Tokyo, Jepun. Menurut laporan laman web AllKpop, Jackson yang mengalami masalah kesihatan, pitam ketika sesi autograf dan bergambar bersama peminat.

"Jackson kelihatan pucat, tidak bermaya dan lebih banyak mendiamkan diri sepanjang program berlangsung. Tidak lama kemudian, dia tiba-tiba telah rebah ketika sesi tandatangan dan fotografi bersama peminat. Jackson segera dikejarkan ke hospital terdekat untuk rawatan dan perkara tersebut telah menimbulkan kerisauan kepada para peminat yang hadir," kata sumber.

Ekoran kejadian itu, Jackson dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Pihak pengurusan JYP Entertainment telah mengesahkan perkara tersebut dan Jackson kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil serta memerlukan rehat yang cukup. Dalam pada itu, JYP Entertainment turut memaklumkan, tempoh rehat untuk Jackson memberi fokus kepada kesihatannya yang sepatutnya berakhir pada 19 Mac lalu dilanjutkan pada satu tarikh yang belum ditentu.

1 ulasan:

  1. Kesiannya..
    berkerja keras sehingga kesihatan terabai..

    BalasPadam

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.