Gambar peribadi Emma Watson dan Amanda Seyfried digodam - Budak Buzy

Latest

Bacalah apa yang mungkin patut

Khamis, 16 Mac 2017

Gambar peribadi Emma Watson dan Amanda Seyfried digodam



Selalu kita dengar tentang laman sosial selebriti 'diserang' oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kali ini, pelakon filem Beauty and The Beast, Emma Watson menjadi mangsa buli siber. Dalam kejadian yang berlaku pada Selasa lalu (14 Mac), puluhan gambar peribadi Emma telah dicuri dan disebarkan secara online oleh penggodam. 

Melalui laporan Daily Mail, Emma memberitahu antara gambar yang dicuri adalah gambar Emma sedang mencuba beberapa pakaian di fitting room beberapa tahun lalu bersama stylistnya. Bukanlah gambar Emma telanjang bulat.

Kini, Emma Watson telah mengambil tindakan undang-undang untuk membawa pelaku ke muka pengadilan. Selain Emma Watson, gambar peribadi pelakon Amanda Seyfried turut mejadi mangsa penggodam. Namun hingga kini, Seyfried belum memberi sebarang kenyataan tentang kejadian ini. 

Seminggu sebelum kejadian, Emma menjadi menarik perhatian ramai apabila berpakaian topless untuk majalah Vanity Fair. Tanpa memakai bra, pelakon filem Harry Potter ini seksi dengan mendedahkan sedikit bahagian dadanya. Susulan itu, peminat menganggap Emma telah mencalarkan imej feminis yang dipegangnya selama ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.