Dennis Ritchie genius komputer yang tidak didendang



Jika ditanya siapakah Steve Jobs dan Bill Gates, pasti ramai yang mengenalinya. Orang yang mula memperkenalkan kita kepada dunia komputer. Namun, di sebalik semua itu, terdapat satu nama besar yang tidak atau jarang disebut oleh orang lain sekaligus menyebabkan nama beliau tenggelam dan tidak siapa tahu akan jasanya yang begitu besar dalam dunia komputer dan digital. Ia mungkin agak asing bagi orang yang pertama kali mendengarnya.

Beliau ialah Dennis Ritchie (1941-2011) seorang saintis komputer. Untuk pengetahuan anda, Dennis bersama rakannya Ken Thompson adalah individu yang mencipta program bahasa komputer C yang kini banyak membuka jalan kepada perkembangan teknologi digital terutamanya sistem operasi komputer dan telefon pintar. Dia juga telah mencipta sistem operasi komputer pertama dunia iaitu Unix. Namun, sayangnya nama beliau jarang disebut oleh mana-mana media tempatan mahupun antarabangsa.

Pendek kata, tanpa kebijaksanaan Dennis, kita mungkin tidak akan ada Windows, iOS dan telefon pintar kerana semuanya adalah berasaskan program bahasa komputer C yang Dennis telah cipta. Beliau meninggal dunia pada 12 Oktober 2011 di kediamannya di New Jersey. Tarikh kematian beliau hanya selang beberapa hari selepas kematian CEO Apple, Steve Jobs.
Share on Google Plus

Pasal Budak Buzy

Saya budak yang paling buzy dalam dunia ingin mengucapkan terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa melayari blog ini. Silalah tinggalkan komen supaya kita boleh bertukar maklumat dan berkongsi pendapat.

3 comments:

  1. Dia yang reka coding2 tu ya?
    Ramai juga pencipta yang kita tak kenal.
    Kaklong nak tau sangat siapa yang mencipta straw.

    BalasPadam
  2. good info.. baru thu pasal Dennis ni..

    BalasPadam
  3. Info yang bagus.. semoga makin ramai yang mengenali beliau..

    BalasPadam

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.