Al-Fatihah.. Ary Malik meninggal dunia - Budak Buzy

Latest

Bacalah apa yang mungkin patut

Rabu, 1 Mac 2017

Al-Fatihah.. Ary Malik meninggal dunia



Pelakon dan personaliti TV, Ary Malik, meninggal dunia pada jam 7.17 malam semalam di Hospital Ampang, akibat kanser ovari tahap empat. Berita kematian Ary disahkan suaminya, Shahrul Nizam Shaharuddin yang berada di sisi Ary sebelum isterinya menghembuskan nafas terakhir.
Pada jam 8.30 malam, jenazah dibawa ke masjid di Kem Wardieburn untuk dimandikan dan disembahyangkan. Kira-kira jam 12.40 pagi Rabu jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibukota.

Ary dimasukkan ke hospital pada 18 Februari lalu apabila keadaannya semakin lemah selepas menjalani kemoterapi sejak Jun tahun lalu. Keadaannya semakin kritikal dan terpaksa bergantung kepada mesin penyambung hayat. Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik terkenal pada era 1990-an dan turut aktif sebagai pengacara televisyen. Beliau juga pernah menyertai rancangan realiti, MasterChef Malaysia pada 2012 dan layak sehingga ke peringkat akhir.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.