7 pelakon yang mungkin menggantikan Hugh Jackman sebagai Logan - Budak Buzy

Latest

Bacalah apa yang mungkin patut

Selasa, 7 Mac 2017

7 pelakon yang mungkin menggantikan Hugh Jackman sebagai Logan



Pelakon terkenal, Hugh Jackman sudah begitu sinonim dengan watak Logan a.k.a Wolverine. Filem terbarunya Logan telah ditayangkan pada 3 Mac lalu. Namun, peminat-peminat tegar filem superhero X-men ini mungkin merasa sedikit hampa kerana filem tersebut adalah filem terakhir Jackman membawa watak sebagai Wolverine. Jackman menerangkan bahawa beliau tidak mahu lagi membawa watak superhero tersebut kerana faktor usia dan kanser kulit yang dihidapinya.

Hugh Jackman telah memegang watak tersebut sejak 17 tahun yang lalu dan watak Wolverine adalah antara watak superhero yang tidak pernah dibawa oleh pelakon lain. Tak hairanlah mengapa ada yang sedih dengan pengunduran beliau. Bila Jackman sudah berundur, maka muncullah nama-nama pelakon yang disebut-sebut mungkin akan menggantikan beliau. 
Menurut senarai Forbes, berikut 7 pelakon yang mungkin akan membawa watak Logan pada filem akan datang.

Scott Eastwood


Shia LaBeouf


Tom Hardy


Jake Gyllenhaal


Kevin Hart


Joel Edgerton


Penn Badgley


1 ulasan:

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.