Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook bukan berundur tapi ditendang keluar Running Man - Budak Buzy

Latest

Blog Tanpa Politik

Khamis, 15 Disember 2016

Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook bukan berundur tapi ditendang keluar Running Man



Peminat baru-baru ini terkejut mendengar berita Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook bakal berundur dari program hiburan popular Korea, Running Man yang sudah beroperasi selama 6 tahun dan menarik hati ramai peminat dari seluruh dunia. Belum selesai dengan berita tersebut, timbul pula berita menyatakan mereka berdua bukan berundur tetapi ditendang keluar oleh produksi Running Man. 

Menurut satu sumber, Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook tidak tahu nama mereka telah dibuang dari Running Man.

Agensi Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook memberikan penjelasan berkenaan isu ini. Menurut agensi, Kim Joong Kook hanya mengetahui dirinya dikeluarkan pada 2 hari lalu. Song Ji Hyo pula mengetahui dirinya dikeluarkan menerusi laporan media.

"Kami tahu Running Man akan mengalami perubahan dari SBS, tapi kami baru mengetahui siapa yang dibuang menerusi berita. Kami tidak mahu komen tentang perasaan Song Ji Hyo berkaitan hal ini," kata wakil MY Company. 
Tambah MY Company lagi, Song Ji Hyo memang ada keinginan untuk berundur dari Running Man untuk fokus kepada bidang lakonan tetapi tindakan produksi mengeluarkan Song Ji Hyo tanpa pemberitahuan itu adalah perkara yang mengecewakan.

Maroo Entertainment juga mengakui kecewa dengan apa yang berlaku. Mereka menyesali sikap pihak Running Man yang seolah-olah tidak menghormati dedikasi serta komitmen  Kim Jong Kook dalam Running Man selama 6 tahun ini.

"Memang benar bahawa Kim Jong Kook diumumkan telah berundur tanpa keputusan sendiri. Ini sangat mengecewakan. Dia tetap tampil di program ini walaupun ada masalah kesihatan." jelas jurucakap Kim Joong Kook.

Bagi pihak produksi Running Man pula, mereka menyatakan mereka tidak menendang Ji Hyo dan Jong Kook. Mereka hanya mengesahkan duo SpartAce akan berundur tanpa sebab yang jelas.




Dalam pada itu, Kang Ho Dong yang namanya sudah dirancang untuk menyertai Running Man pada 2017 menolak tawaran tersebut susulan kontroversi yang melanda Ji Hyo dan Jong Kook. Kang Ho Dong memberitahu melalui agensinya.

"Helo, ini SM C&C label dari Kang Ho Dong, 
Seperti berita semalam, Kang Ho Dong memang mendapat tawaran dari SBS untuk Running Man season 2 dan setelah memikirkan baik-baik, dia memutuskan untuk menerima. Namun kerana situasi yang berlaku, kami sedar bahawa keputusan Kang Ho Dong itu mengundang ketidaktentuan. Jadi inilah keputusan yang akhirnya kami ambil. 
Kami tidak tahu apakah situasi yang sebenarnya, tapi kami tak mahu kehadiran Kang Ho Dong membuat penonton merasa tidak selesa. Kerana itu, kami merasa bersalah jadi kami menolak tawaran tersebut dengan baik.  Kami mohon maaf kerana menyebabkan masalah untuk peminat setia Running Man, produser dan SBS yang memberikan tawaran tersebut. Kami mohon maaf." 

Apabila perkara  sedemikian berlaku, peminat pasti akan membuka mulut. Rata-rata peminat juga kecewa dan marah berhubung hal ini. Peminat mengkritik tindakan produksi Running Man yang membuat keputusan tanpa sebarang perbincangan malahan ada yang menyarankan SBS hentikan saja Running Man.


3 ulasan:

  1. Otedah Running Man. Time awal-awal keluar jak melayan ria. Makin lamak makin best. Tapi sik pian nak ngekot perkembangan.

    BalasPadam

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.