Rakyat Amerika bimbang ramalan Baba Vanga jadi kenyataan



Baba Vanga (1911-1996) atau terkenal dengan gelaran Nostradamus of Balkans adalah seorang wanita buta yang telah meninggal dunia 20 tahun yang lalu kerana kanser payudara. Baba kehilangan ibu pada usia 3 tahun. Baba kehilangan penglihatannya pada usia 12 tahun.

Walaupun buta, Baba dikurniakan satu kelebihan iaitu hebat dalam meramal masa depan dengan tepat. Pada peringkat awal Baba mula melakukan ramalan, Baba pada ketika itu berusia 18 tahun mengakui sering bermimpi,mendengar suara ghaib dan bercakap dengan roh dan tumbuhan.

Satu demi satu ramalan yang dibuatnya mendapat perhatian dan menjadikan Baba terkenal pada ketika itu. Kini,banyak ramalan yang telah dibuat oleh Baba betul-betul menjadi kenyataan. Terdapat juga ramalan Baba yang kini kita pun tak tahu akan terjadi atau tidak.


Antara ramalan Baba yang kini telah mejadi kenyataan ialah:

Amerika Syarikat akan memiliki Presiden kulit hitam pertama iaitu Barack Obama.

Kemunculan kumpulan pengganas ISIS.

Tsunami 2004.

Pemanasan global.

Serangan 11 September.

Baba Vanga meramalkan Barack Obama adalah Presiden Amerika Syarikat yang terakhir


5 ramalan Baba Vanga di atas telah menjadi kenyataan. Berikut pula ramalannya yang belum lagi terjadi atau mungkin akan terjadi:

Barack Obama adalah presiden USA yang terakhir.
Inilah yang amat ditakuti oleh rakyat Amerika. Baba meramalkan Barack Obama yang menjadi presiden kulit hitam pertama juga akan menjadi presiden USA yang terakhir. Menurut ramalan Baba, Obama akan bersara apabila USA mengalami masalah ekonomi yang teruk. Sama seperti apa yang berlaku pada perang dunia kedua.

Benua Eropah akan lenyap.
Baba meramalkan benua Eropah akan menjadi kosong dan tiada hidupan. Yang tinggal hanyalah tanah-tanah kosong. Tambah Baba, senjata kimia akan digunakan oleh pengganas untuk musnahkan eropah.

Orang Islam akan menyerang Eropah.
Baba turut meramalkan orang Islam akan menyerang Eropah dan berlaku kemusnahan teruk akibat perbuatan pengganas dan ia akan berlaku selaman bertahun-tahun sehingga eropah tidak lagi wujud. Baba juga telah meramal peperangan Islam yang terhebat akan bermula di Syria.

China akan menjadi kuasa besar yang baharu.
Seperti mana yang juga diramalkan oleh pakar ekonomi, Baba juga meramalkan hal yang sama. Pada tahun 2018, China diramal akan menjadi kuasa besar dunia mengatasi USA. Menurut Baba lagi, negara maju(kelas pertama) akan menjadi mundur(kelas ketiga). Pada 2011, Tabung Kewangan Antarabangsa pernah meramalkan ekonomi China akan mengatasi Amerika Syarikat dan detik itu akan bermula pada tahun 2016.

Pembasmian kebuluran
Baba meramalkan kadar kebuluran akan dibasmi antara tahun 2025-2028.

Kembara Planet Zuhrah.
Manusia akan menjejakkan kaki ke Planet Zuhrah. Menurut Baba, dengan penemuan sumber kuasa dan tenaga baharu, manusia akan membina penempatan di planet tersebut.

Rome akan menjadi ibu negara khalifah Islam.
Islam akan memusnahkan dan menguasai seluruh eropah pada tahun 2043. Rome akan dipilih menjadi ibu negara khalifah Islam.

Pencairan ais di kutub.
Baba meramalkan ais di kedua-dua kutub akan cair sepenuhnya pada tahun 2045. Ia berpunca dari pemanasan global yang kita boleh lihat pada hari ini.

Pengklonan organ badan manusia
Pada 2046, Baba meramalkan organ badan manusia akan di'klon'kan. Sekaligus memudahkan proses rawatan. 

USA serang Islam di Eropah.
Baba meramalkan ia akan terjadi pada 2066. Selepas Islam menguasai Eropah, USA akan menyerang Eropah dan cuba menguasai Rome untuk menghidupkan semula Kristian.

Komunis akan kembali.
Pada 2076, fahaman komunis akan tersebar ke seluruh dunia.

Tamadun bawah lautan. 
Baba meramalkan pada 2130, manusia akan membina penempatan di bawah lautan dengan bantuan makhluk asing.

Kematian bumi.
Diramalkan oleh Baba pada tahun 3797. Segala yang ada di bumi tidak lagi wujud atau tidak lagi mampu dihasilkan. Bagaimanapun, manusia cukup canggih untuk berpindah ke sistem atau galaksi baharu.

Sama ada kita nak percaya atau tidak itu terpulang kepada diri masing-masing. Tetapi kita sebagai umat Islam perlu yakin dan percaya pada Qada' dan Qadar Allah.
Tapi kalau budak tanya, korang percaya ke ramalan Baba Vanga ni akan menjadi kenyataan?


Share on Google Plus

Pasal Budak Buzy

Saya budak yang paling buzy dalam dunia ingin mengucapkan terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa melayari blog ini. Silalah tinggalkan komen supaya kita boleh bertukar maklumat dan berkongsi pendapat.

1 comments:

  1. Allahuakbar.. Walalhualam.. Hanya Allah yang megetahui

    BalasPadam

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.