Benarkah Gadis Sarawak antara yang tercantik di dunia



Siapa yang tidak menyukai gadis yang cantik,putih dan mempunyai senyuman yang mampu mencairkan hati lelaki. Pasti ada yang sedang membuat carian internet untuk mengenalpasti di manakah lokasi paling ramai gadis yang cantik.

Baru-baru ini viral di internet yang menyatakan gadis Sarawak adalah antara yang tercantik di dunia. Begitu juga dengan negara Perancis,Ukraine,Serbia Rusia,Brazil dan lain-lain. Itu adalah pendapat mereka. Jika kita tanya orang lain,pendapatan mereka tidak semestinya sama.

Persoalannya,adakah senarai-senarai itu boleh dianggap sebagai sumber yang tepat kerana di mana-mana pun kita boleh jumpa gadis yang cantik, bukannya di tempat-tempat tertentu saja.
Adakah gadis Sarawak memang cantik seperti yang disebut. Benarkah gadis Sarawak mempunyai kulit halus bak supermodel dan tubuh yang langsing.

Setiap orang pasti ada pendapat dan alasan sendiri. Saya sebagai orang Sarawak merasakan memang ada juga benarnya kenyataan gadis Sarawak adalah antara yang tercantik di dunia. Ini adalah berdasarkan pendapat dan pemerhatian saya sendiri. 

Gadis Iban,Melayu,Cina,Kenyah,Melanau dan lain-lain etnik, tidaklah semua tetapi kebanyakannya sememangnya mempunyai kecantikan yang semula jadi(tanpa make-up). Ada juga yang cantik hanya kerana make up. Ada juga kulitnya kasar macam batu dan gemuk. Tidak seperti gadis korea yang kebanyakannya adalah plastic surgery

Di tempat lain pun ramai lagi gadis yang cantik semula jadi. Terpulanglah kepada anda bagaimana nak menilai. Kalau nak tahu, datanglah melawat Sarawak. Tengok dengan mata sendiri.
Share on Google Plus

Pasal Budak Buzy

Saya budak yang paling buzy dalam dunia ingin mengucapkan terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa melayari blog ini. Silalah tinggalkan komen supaya kita boleh bertukar maklumat dan berkongsi pendapat.

3 comments:

  1. Kamek gadis Sarawak hihi...
    Blogwalking dari segmen :
    https://cutiedailydesigns.blogspot.my/2016/11/segmen-jom-berkenalan.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. bruk 2 org blogger miak srwak kmk tmu..hehe

      Padam
  2. Orang sarawak nang kacak-kacak. Giney orang sarawak kulit puteh ooo.. originality kah or memang ada mix?

    BalasPadam

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.